Friday, December 31, 2010
2011 :D
pada permulaan,saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua :D
emm..tahun ada peradaban baru yang tercipta,kerana dalam 10-20 minit sebelum 1 januari 2011,saya dapat teks berupa mohon maaf dari rakan2..tahun baru ni dah macam hari raya lak kan?hee~,tapi saya suka akan cara itu,kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan negatif orang terhadap kita..
memandangkan dah ada tahun baru,mesti ada azam gak kan?apa azam korang?nak tahu gak..hehe
azam saya tahun ni..nak majukan lagi akedemik saya dan sahsiah agar saya dipandang elok oleh segenap lapisan masyarakat di luar sana.
jadi,saya harap tahun 2011 ini akan jadi lebih baik dari 2010 untuk kita semua,dan harap kita dapat kejayaan yang lebih manis lagi di tahun 2011 ini :)
ok semua,jumpa lagi!:)
Wednesday, December 29, 2010
Saya Bangga Jadi Anak Malaysia :D
Hyep semua!:D
harini saya gembira kerana pasukan Malaysia juara Piala AFF!
apa yang saya lihat adalah Malaysia ibarat Sepanyol di Piala Dunia yang lalu,hee~
ok,keputusan game tadi,kita kalah 2-1 dengan indonesia,ulasannya:
gol Malaysia:hasil satu assist kepada Safee Sali,beliau terus merembat kencang ke gawang Garuda,hampir serupa dengan gol Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan mereka menentang Mexico.
gol indonesia:(gol 1)..hasil tampanan muntah Khairul Fahmi,gol hasil rembatan susulan
(gol 2)..hasil rembatan kencang tetapi terkena kepala Muslim Ahmad (kalau tak silap),masuk dalam gol.
tapi indon tetap kalah sebab tak dapat samakan jumlah jaringan dengan hanya mampu jaringkan 2 gol sahaja,..
apa yang saya nak kongsi kan kepada anda semua,saya gembira sambut kemenangan Malaysia dengan rakan2 dan penduduk setempat di sebuah kedai mamak di kawasan perumahan saya ni..hehe~syok wey!
then,saya pun ada gak ambil dengan kawan2 saya gak,terima kasih kepada Amirul Izwan kerana tolong tangkapkan gambar,Faizie kerana menaja kamera dan Farizal kerana memuat naik gambar2 di facebook..
harapan saya agar Malaysia terus berjaya dalam bola sepak tak kira di arena mana pun,Asean,Asia dan lagi best Dunia!haha
ok,jumpa lagi,Tanah Tumpahnya Darahku!:D
Sunday, December 26, 2010
3-0 Di Hari Pertama :)
saya puas sangat selepas menonton perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia..sebab Malaysia menang 3-0!hahahahaha
tapi sepatutnya kita boleh menang 6-0,pada separuh masa pertama,kita dapat 3 peluang yang masyuk..tapi tak ada nasib,nak buat macam mana..
antara peluang yang paling la saya geram sangat sebab terlepas adalah peluang Safiq Rahim dapat rembat bila pemain Indon buat silap terhantar kat Safiq..tapi bola melalut lak..aiyo!
tapi ada lak benda yang ganggu game ni..iaitu manusia durjana yang main laser dalam staduim!sengal la ko!
laser tu punya pasal game terbantut 5 minit,tapi sebab laser tu gak,skrip permainan jadi lain..kita asyik skor je dari tadi!hahaha
ok,ini gambaran macam mana gol2 tersebut terhasil:
gol pertama:kesilapan pertahanan Indon di tepi kotak penalti,Norshahrul terus ambil bola tu,gelecek seorang pertahanan lalu hantar ke Safee Sali,Safee lalu merembat tenang ke dalam gol.
gol kedua:hampir serupa dengan gol pertama,cuma kali ini pertahanan Indon di bahagian tengah dapat keluar kan sebentar sebelum Ashaari Samsudin merembat kencang ke sudut kanan gol.
gol ketiga:hasil hantaran lintang awal dari Mahali Jasuli dari belah kanan sebelum ditanduk kencang oleh Safee Sali.
itu dia,ringkasan nya,saya harap 29 disember ini,Malaysia main steady je tau!
lagi satu,saya puji sikap penyokong Malaysia di stadium yang menghormati lagu kebangsaan Indonesia walaupun kita haritu kena kow2 dengan diaorang masa lagu negaraku dimain kan semasa di Jakarta.
jadi semua,terus sokong Harimau Malaya!Tanah Tumpahnya Darahku!:D
ok,jumpa lagi!:)
Friday, December 24, 2010
Menjelang 2011
nampaknya 2010 ni dah nak habis..apa konklusinya bagi anda semua?adakah tahun ini baik untuk anda atau sebaliknya?
bagi saya,tahun ini biasa sahaja..tapi saya dapat senyum sedikit pada akhir tahun ini kerana keputusan PMR saya..hehe
saya tidaklah seperti mereka yang bijaksana diluar sana dengan memperoleh semua A,saya hanya mampu dapat 4 A sahaja..
yang mengejutkan,saya dapat A untuk english!wow!haha
saya hanya dapat 4 A tapi pujian yang diberi oleh rakan2 sangat la banyak,macam saya dapat 8 A lak..haha
hmm..saya cuba untuk tidak hanyut dengan pujian itu,takut tahun depan dah tak nak belajar lak..hehe
tapi,saya gembira kerana keputusan saya ni memuaskan semua pihak :D
jadi,untuk tahun 2011 ni,saya dah putusakan untuk kekal di seri tasik sebagai seorang pengawas dan penuntut dalam aliran perdagangan..hehe
harap2 la tahun 2011 ni akan menjadi lebih baik dari tahun ini,dan pada 2011 harap saya akan lebih maju dalam bidang akedemik dan kokorikulum :)
ok la,jumpa lagi!:)
Wednesday, December 15, 2010
Inilah Barisan Kita :D
Hyep semua! :D
ya..ya dan ya..akhirnya skuad harimau malaya sudah tunjukkan taring tajam dia,mangsanya..VIETNAM!haahahaha
walaupun saya terlepas 45 minit pertama sebab dekat rumah tak ada stesen tv berbayar (sedih..hehe),lagi2 dengan perlawanan yang berlangsung serentak dengan berita2 di stesen tv tempatan..pada mulanya,rasa macam dah patah semangat,tengok2 buka lagu sekal pukul 9,ada lak..suko den!hahahaah
dah tahu ada live telecast kat tv,apa lagi,tengok la..tengah sedap tengok,tiba2 kita dapat free kick,safiq rahim ditugaskan mengambil sepakan tersebut..dia hantar satu long ball ke safee sali,safee sali tanduk,kena keeper tapi keeper tepis dalam,then GOOOOOOOOLLLLLLLLL~!!!!!!
begegar stadium..dapat rasa gegar tu even tak pergi pun..hehe
lepas tu dorang main balik,then malaysia serang lagi..safiq dapat peluang rembat,dia sepak tekena defend sikit sampai kat keeper,keeper tepis bola muntah..safee sali datang then sepak..then,GOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLL~!!!!!!!!!!!!!!
hahaah..seronok tengok tadi even sebenarnya sedih tak dapat pergi stadium even ada orang ajak dan orang tu sudi nak belanja tiket.. :(
tak pa la..harap2 sabtu ni malaysia kekalkan prestasi mereka sama seperti perlawanan harini dan berharap RTM dapat siarkan lagi..hehe
baiklah,sampai disini saja..
ok,jumpa lagi! :)
Tuesday, December 7, 2010
Tanah Tumpahnya Darahku :D
Hyep!:)
hari ini,boleh dikatakan masih lagi ada sinar buat bola sepak Malaysia kerana mereka telah layak ke separuh akhir Piala AFF 2010.. :D
tapi bagi sesiapa yang tengok game Malaysia dengan Laos..korang mesti rasa lain macam kejap kan before game tamat..
ya lah,minit ke 4 kita leading,tengok2 tak sampai 10 minit Laos gol balik bagi 1-1,lepas tu,sepanjang separuh masa pertama kita asyik kena serang je..Laos lak pergi perlahankan game,dah tak macam main bola dah dorang,asyik jalan je..
sampai la beberapa minit nak rehat..amri yahyah bagi kita lagi sekali mendahului lawan..
bila separuh masa ke-2,nampak la sikit game tu hidup,kita asyik serang dari awal lagi..
bila jaringan dah 4-1,pengulas habullah awang cakap "nampaknya thailand mendahului indonesia 1-0",ini kerana jika thailand menang,kita keluar walaupun kita menang 100-1 dengan Laos!
tapi bila dalam 10 minit nak habis,hasbullah awang cakap "indonesia menyamakan kedudukan menurusi bambang pamungkas hasil sepakan penalti"..masa tu,berbunga2 hati ku ini!haha
lagi ar 2,3 minit nak habis,ada lak ayat "bambang menambah jaringan untuk indonesia untuk bagi mereka mendahului 2-1"..lagi la suko den!hhaha
jadi,kepada bambang pamungkas,terima kasih daun keladi!kami terima kasih sangat dengan kau,tapi jika kita berjumpa lagi..kitaorang terpaksa lupakan apa jasa kau pada kitaorang..hehe
menurut ramalan,kita bakal jumpa filipina di separuh akhir nanti..harap2 kita menang mudah sebab filipina ni tak diberi harapan sangat tapi apapun kita kena berhati2,jangan pandang mudah pada pihak lawan!
apa2 pun,ingat la sang pendekar harmau malaya,kami disini sentiasa menyokong mu..jatuh bangun kita tetap bersama! :D
sekian..jumpa lagi!:)
Wednesday, December 1, 2010
Aku Bosan Dikala Cuti!!
Hyep semua!:)
nampaknya sekarang ni semua pelajar sekolah rendah dan menengah tengah bercuti kecuali pelajar tingkatan 5 sebab dorang ada SPM..hehe
ku kirakan cuti ini tidak membosankan kerana mungkin akan ada aktiviti yang seronok untuk dilakukan namun jangkaan ku meleset..haram jadah takda!X-(
apa yang ke lakukan sehari2 ialah,online,main futsal,tu je la..takda geng datang nak tidur rumah :(
jadi,aku terpaksa membuat pelan kecemasan untuk menyelamat cuti ku ini daripada anasir bosan ini menganggu aku kerana tahun depan dah jadi budak tingkatan 4,kena belajar rajin2..hehe
jadi,harap2 cuti ku ini tidak menjadi cuti yang paling bosan dalam sejarah negara..haha
ok,jumpa lagi!:)
Wednesday, November 17, 2010
Seri Tasik!:'(
Hyep!:)
hmm..nampaknya tahun depan dah jadi budak form 4,dalam hati ni nak tinggalkan seri tasik tapi ada pro dan kontra nya,bila tengok balik,kontra yang banyak!:(
antaranya:
-terpaksa tinggalkan kerjayaku sebagai pengawas
-nak jumpa kawan2 dah susah.. :(
-kenapalah seri tasik tak ada aliran yang aku nak!haish!
-kalau dah duduk asrama,tak boleh nak online..hehe
-dan terpaksa tinggalkan orang itu :(
tapi,setelah dikaji semula,aku tetap akan keuar ke seri tasik,kerana nak carik pendidikan lebih baik,bukan nak kata seri tasik ni tak bagus,tapi nak cari yang benar2 sesuai untuk diriku ini..
baiklah!jumpa lagi!:)