*Ini merupakan entri percubaan. Jadi, segala yang kurang dan jelasnnya cacat cela pada entri ini amatlah dikesali. Saya masih belajar :D
Baiklah, perkara ini mungkin sesuatu yang pelik bagi sesetengah orang. Tetapi inilah yang cuba dilakukan oleh penulis untuk menarik minat pembaca sekalian.
Penulis mencabar diri sendiri dengan mewujudkan siri perjalanan (walkthrough) Football Manager 2016 (FM2016).
Dan untuk siri pertama, penulis akan berusaha membawa Leeds United ke Premier League. Jadi mari mulakan!
1.0 Pembinaan alter-ego
Sedikit pengenalan untuk alter-ego penulis dalam FM2016, Beliau adalah Edison Denayer, pengurus berasal dari Bricfield, (bukan Brickfields dekat KL tu ya) sebuah daerah di Wales. Inilah rupanya.
Ermm.. citarasa fesyen dia agak pelik jadi pedulikan pakaian dia.
Denayer merupakan Lesen Kejurulatihan Benua A dan seorang bekas pemain bola sepak antarabangsa.
Dan di bawah merupakan attributes beliau.
3.0 Hari Pertama
Jadi hari pertama telah tiba, Denayer munculkan diri buat kali pertama di Elland Road.
Denayer disambut oleh Massimo Cellino, pemilik Leeds United yang dibenci oleh penyokongnya.
Dengan penuh semangat, Denayer terus mengarahkan Paul Raynor yang merupakan penolongnya di Leeds untuk menyediakan laporan ringkas mengenai pasukan sebaik saja Raynor mengenalkan dirinya.
Dan ini merupakan laporannya :
Dapat dilihat di situ Sam Byram adalah pemain terbaik di Leeds, dan beberapa pemain muda lain yang berpotensi besar.
Jadi merupakan misi penting untuk Denayer mempertahankan Byram dari ancaman kelab lain yang cuba membelinya dan menggunakan pemain muda sebaik mungkin mendapatkan hasil terbaik dari mereka.
4.0 Taktik
Menyedari Leeds sebuah kelab yang semakin ke belakang langkahnya, Denayer terus bekerja dengan menyiapkan taktik.
Dengan menggemari taktik 4-4-2, Denayer merancang taktik begini :
Denayer akan berain dengan tempo normal dengan pergerakan pasukan secara fluid, bermakna setiap ahli pasukan akan membantu dalam proses serangan dan bertahan.
Denayer bermain sedikit terbuka ke tepi padang dengan menggunakan sayap dan full-backs untuk melakukan overlap, dan barisan pertahanan akan berdiri tinggi sedikit dari biasa. Sambil itu perangkap ofsaid juga dimainkan.
Dengan meneksploitasikan bahagian sayap dengan kadar mendadak, Denayer menjangkakan banyak gol dihasilkan menerusi hantaran lintang.
Selain dari itu, Denayer mengutamakan mentaliti "pass-first", jadi pemain perlu lebih banyakkan menghantar bola berbanding melakukakan skil.
Dan akhir sekali, pemain dibenar untuk bergerak bebas dari posisi masing-masing.
Ini merupakan kesebelasan utama dalam perancangan awal Denayer.
Denayer menggunakan Sweeper Keeper untuk memastikan penjaga gol menyelamatkan hantaran bahaya ke dalam kotak penalti dengan segera.
Bagi pertahanan, dua pertahanan tengah ditugaskan dan dua full-backs akan ditugaskan untuk melakukan tugas bertahan dan menyerang secara automatik.
Untuk tengah, dua pemain sayap ditugaskan untuk menyerang dengan melakukan banyak hantaran bahaya serta hantaran lintang.
Di tengah padang, satu pemain akan ditugaskan untuk menjadi ball-winning midfielder dan seorang lagi sebagai roaming playmaker dengan bertindak sebagai pemain yang akan mencipta permainan dari tengah padang dan bergerak bebas di sekitarnya.
Di serangan, Denayer meletakkan seorang target man untuk menarik mengelirukan benteng lawan dan seorang advanced playmaker sebagai penggerak utama misi menyerang dan menjaringkan gol.
5.0 Perlawanan Pertama
Jadi, harinya sudah tiba. Leeds United dibawah kendalian Edison Denayer beraksi buat kali pertama!
Dan mereka akan menentang..... pasukan muda Leeds United saja, bawah-21.
Mereka tak bagi muka pada budak muda, pasukan muda Leeds tewas 4-1.
Lewis Cook mendapat dua gol, Chris Wood dan Marco Antenucci. Bagi pasukan muda, Lee Erwin menjaringkan gol untuk mereka.
Setakat ini, semuanya baik. Jadi Denayer sudah bersedia untuk perlawanan pra-musim yang telah disediakan. Nak tahu bagaimana mereka hadapi pra-musim? Tunggu episod seterusnya!
Jika ada cadangan dan kritikan, tinggalkan di ruangan komen!